วันอาทิตย์ที่ 30 กันยายน พ.ศ. 2555

Kata Adjektif

Kata Adjektif
     ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya. Kata adjektif dikenal sebagai kata sifat, dan boleh juga disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya
sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.
A. Jenis-jenis kata Adjektif

1. Adjektif Jati
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh
Buku itu berwarna biru.
Budak kurus itu kawan saya.
2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh
Ayah memiliki dua buah kereta.
Saya membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk
Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
contoh
Baju ini mahal harganya.
Perkara demikian jangan diulangi lagi.
 
4. Adjektif pencerai / pengasingan
Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
Contoh
Setiap pelajar mesti berdiplin.
Ambil barang masing-masing.

B. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh;
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.

C. Pangkat-pangkat Adjektif
1. Pangkat biasa: dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
Contoh
Baju dia cantik.
Buah betik itu manis.
 
2. Pangkat perbandingan: merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
Contoh
Tenaganya sekuat Badang.
Buah jambu itu semanis gula.
 
3. Pangkat menyangat: menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah rambutan ini terlalu masak.
 
4. Pangkat penghabisan: menerangkan adjektif paling satau penghabisan.
Contoh
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
 

Kata Kerja


Kata kerja merupakan golongan yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada:
1. Kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau )
2. Kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

1. Kata Kerja Transitif
         ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

     Kata Kerja Transitif Aktif

        ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

     Kata Kerja Transitif Pasif

            ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.
PenyambutKata Kerja TransitifPembuat
Radio itudidengariAtan
Burung ituditangkap olehseekor kucing
Sayur itudijual olehseorang perempuan
Ikan itudijala olehPak Abu
Surat itusedang ditulis olehbapa

2. Kata Kerja Tak Transitif

          ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

     Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).
PembuatKata Kerja Tak TransitifKeterangan
Kamimandidi tasik
Diasenyumsemasa berjalan
Air sungaiberansursurut

    Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.
PembuatKata Kerja Tak Transitif
Rumahnyaroboh
Radio ituberbunyi
Turunnya Union Jack itu,
Jalur Gemilang pula
berkibar

Kata Nama


Kata nama  adalah golongan kata yang terbahagi kepada beberapa bahagian berikut:
1. nama am
2. nama khas
3. ganti nama 
4. nama terbitan

1. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:

orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat

2. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,Si Tompok, dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.


3. Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).
Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:
diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya
contoh ayat: saya seorang yg rajin.

4. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).